17 August 2011

Egokah Aku ?

Apa tu EGO ? pd aq lah makna yg paling simple utk ego ni adlah blagak. 
Tngok je membe lebih skit, 'eh blagak nye dy tu', tngok membe pandai, 'ala EGO je lebih'
 Ha ! , cmni la org skrg.same mcm aq..hehe


Itulah, kita selalu pandang org mcm tu, terutama dalam kalangan membe2 kita.
Apa sebab nya smpy jd mcm tu ?, mungkin sebab kita rasa diri kita PERFECT !
Cuba kita lihat apa pula pandangan org lain tentang EGO ni......

"Peribadi ego adalah peribadi yang melihat segala sesuatu dari apa yang dilihatnya. Dia tidak boleh memahami fikiran orang, perasaan orang, jadi selalu menuntut orang untuk mengikuti pendapatnya. Peribadi ego juga adalah pribadi yang mementingkan dirinya sendiri, dia tidak boleh mempertimbangkan keperluan orang, dia sentiasa mementingkan keperluannya berbanding orang lain. Itu sebabnya kita simpulkan bahawa peribadi yang ego adalah peribadi yang susah sekali untuk tulus".



Perfect sgt ke kita nk kate org EGO ?
Kita selalu ckp+berkata+mengata tentang diri mereka, tapi sedarkah kita, kita x pernah face-to-face
dgn diri kita sendiri dan bertanya kepada diri kita..

EGOKAH AKU ?

Bila kita tag org ego+belagak+menunjuk2 bagai, sebenarnya kita yang ego, ego kita lebih dr mereka.
Memang x dpt dinafikan, setiap org mempunyai ego masing-masing. Yg membezakan nya adlah cara EGO tu dibawa n dikawal dlm diri masing2.

***Jom kita sama-sama kurangkan ego kita, lebihkan redha kita***