Hanya 3 minit ! Inilah Senjata kita dari jauh !

Tadah tangan dan berdoa !

Ya Allah! Ya Qahhar ! Ya Jabbar ! Ya Muntaqim ! Ya Dzal Jalali wal ikram! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! bantulah saudara-saudara kami Dr Morsi dan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan di semua tempat.

Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.

Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka.

Ya Allah! berilah mereka kepakaran membuat senjata untuk menghadapi musuh-musuhMu.

Ya Allah! tepatkanlah bidikan Senjata mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka.

Ya Allah! satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka.

Ya Allah! jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.

Ya Allah! tolonglah kaum muslimin yang terzhalimi di Mesir dan semua tempat.

Ya Allah! tolonglah Ikwanul Muslimin dan perbaikilah hubungan mereka.

Ya Allah! binasakanlah Para Munafiqin Yang Bersongkol dengan Zionis Israel+ Syiah dan Mustakbirin Amerika goncangkanlah dan hancurkan mereka.

Ya Allah! cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka.

Ya Allah! janganlah Engkau memberikan kedudukan yang baik bagi mereka di muka bumi ini.

Ya Allah! lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka.

Ya Allah! hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka Ya Allah!

Kasihanilah saudara-saudara kami Ya Allah! Perkenankanlah Permintaan Kami, Aamiin Aamiin Aamiin Allahumma Aamiin.

[ISU MESIR]

Posted by
mr.didie

More

Jangan Fikir Doktor itu Tuhan

Sering kali apabila kita sakit doktor akan meminta kita untuk makan ubat. Tiada pula doktor suruh untuk melakukan perkara lain.
Doktor : Encik makan ubat ini ya. Nanti cepat sikit sembuh.
Pesakit : Ubat yang doktor Klinik ABC bagi itu tidak elok lah doktor. Dah 3 hari saya makan tapi tidak elok jugak sakit saya ini. Makin parah ada lah saya rasa.
Doktor : Tidak apa encik. Saya bagi ubat lain ya. Nanti encik makan. Jangan tidak makan pula.
Pesakit : Baiklah doktor. Saya akan makan ubat ni sampai sembuh. Terima kasih doktor
Doktor : Sama-sama encik.
Apa niat kita masa makan ubat tu?
Adakah kita berkeyakinan bahawa dengan makan ubat itu sakit yang kita deritai akan sembuh?
Adakah kita menaruh harapan bahawa ubat itu akan membawa kesembuhan buat kita?
Adakah kita beranggapan bahawa ubat itu punya kuasa magis untuk menyembuhkan penyakit?
Adakah kita rasa doktor yang kita jumpa itu punya kuasa untuk sembuhkan kita?
Sebenarnya kita tidak sedar bahawa dengan beranggapan sedemikian kita telah terjatuh dalam syirik kecil. Astaghfirullahal 'Azim. Perlu diingatkan bahawa ubat itu hanya menjadi perantara kepada kesembuhan penyakit. Bukannya ubat itu yang punya kuasa untuk menyembuhkan penyakit. Bahkan hanya Allah sahaja yang punya kuasa yang Maha Penyembuh.
Ikuti senario berikut (di klinik pesakit luar) :
Pesakit : Assalamualaikum tuan doktor. Selamat pagi.
Doktor : Selamat pagi makcik.
Pesakit : Tuan doktor, makcik sakit kepala sudah 3 hari. Dah pergi jumpa doktor dekat klinik sebelah itu. Dia bagi ubat tapi tidak hilang jugak sakit kepala makcik ini. Makcik rasa doktor itu tidak rasi la dengan makcik.
Doktor : Ye ke makcik? Rasi macam mana tu?
Pesakit : Ye la. Bulan lepas makcik sakit gigi pergi juga dekat situ. Ubat yang dia bagi tidak elok juga. Makcik rasa bukan ubat yang tidak elok. Tapi doktor itu yang tidak reti bagi ubat agaknya, atau pun doktor itu tidak ada power nak ubat pesakit.
Doktor : Oooo... gitu. Jadi makcik rasa saya ini ada power untuk ubatkan makcik?
Pesakit : Ye la kot.
Doktor : Mana makcik tahu? (sambil mengambil tekanan darah dan meletakkan stetoskop di dada pesakit tersebut)
Pesakit : Ye la. Sebab doktor ini nampak ada gaya doktor. Bak kata orang tu...ade "nokoh" jadi doktor.
Doktor : makcik ni kelakar la.
Pesakit : Apa yang kelakarnya doktor?
Doktor : Makcik.... sebelum keluar rumah nak datang sini tadi makcik ada tak sembahyang hajat?
Pesakit : Tidak ada pula doktor. Kenapa doktor tanya macam itu?
Doktor : Makcik, saya tidak ada apa-apa kuasa nak sembuhkan makcik. Ubat yang saya bagi jugak tiada  kuasa nak sembuhkan sakit kepala makcik.
Pesakit : ????? (dengan gaya mulut terlopong)
Doktor : Betul makcik.
Pesakit : Jadi apa guna makcik datang sini. Baik makcik pergi cari doktor lain yang ada power
Doktor : Nanti dulu makcik. Saya tidak habis cakap lagi.
Pesakit : Ok doktor... teruskan...
Doktor : Setiap penyakit itu datangnya dari Allah dan setiap ubat itu jugak dari Allah. Saya dengan ilmu perubatan yang ada telah diberi kelebihan oleh Allah untuk menjadi orang yang boleh memberikan perantara (ubat) untuk menyembuhkan penyakit.
Dengan sebab perantara itulah maka penyakit akan insya'allah sembuh. Allah beri kita penyakit supaya kita ingat akan Dia. Supaya kita berikhtiar untuk mencari ubat itu. Dalam masa yang sama tidak melupakan Dia. Penyakit jugak sebagai kafarah untuk menghilangkan dosa kalau kita sabar. Kalau tak sabar, bertambah lah dosa.
Pesakit : Oooo... macam tu rupanya.
Doktor : Iye makcik. Jadi, makcik betulkanlah niat makcik itu dan betulkanlah juga anggapan makcik itu ya. Lain kali kalau nak datang jumpa mana-mana doktor, makcik sembahyang hajat dulu, ingat akan Allah. Niatkan tujuan makcik nak berjumpa doktor adalah untuk berikhtiar mencari ubat dan dengan asbab ubat itu dan dengan izinNya penyakit makcik mudah-mudahan akan sembuh ya. Ingat makcik. Ubat atau pun doktor tak punya apa-apa kuasa untuk sembuhkan penyakit.
Pesakit : Baiklah doktor. Terima kasih banyak kerana mengingatkan makcik. Ini ada ubat tidak doktor?
Doktor : Ada makcik. Jangan risau. Makcik tau tidak baca doa makan ubat?
Pesakit : Makcik biasa baca bismillah je.... tak tau pula ada doa khusus untuk makan ubat.
Doktor : Ada makcik. Ni saya dah tuliskan dalam kertas ni. Nanti masa nak makan ubat tu makcik baca dulu doa ini ya. Kalau makcik tidak boleh baca, mintak tolong sesiapa yang boleh bacakan. Ini doa Bismillah Enam.
Bunyiknya dalam bahasa Melayu:
Bismillahi Kaafi
Bismillahi Shaafi
Bismillahi Waafi
Bismillahi Muafi
Bismillahi Robbussama waatiwal ardhi
Bismillahi Layadhurru ma'asmihi syai'un fil ardhi, walaa fissamaa'i wahuassami'ul 'aliim
Kita berusaha, ALLAH yang menyihatkan

-Artikel iluvislam.com
Image Hosted by ImageShack.us


Posted by
Radhi Rafiee Afandi

More

Kembali Meneruskan Perjuangan !



Perjuangan mesti diteruskan ! 7/9/2011 start daftar @ Stadium Tertutup Nilai. Bermulalah perjalanan aq sebagai muslim+hamba+anak+abang+siswa d'USIM.

Maybe ramai yg x twu+xnk amik twu+buat2 x twu about kos aq kn? ngeh3:)
Inilah kos yang ditawarkan utk aq at USIM.

Bachelor of Computer Science with Honours 

(Information Security and Assurance)


Aq sgt minat ngan kos ni, coz computer is my friend, pic design is my favourite, video editing is my hobby & hacker is myself  berangan je : )

Tapi sebenarnya, hajat di hati nk jd actuarist, so nk amik actuary la kn, coz sgt sgt sgt minat MATHEMATICS !
Rezeki nya dh at kos yg ditawarkan tu. xkan nk tolak kn. Bersyukur, sbb ramai lg orang2 yg at luar sne xdpt masuk Uni+xdpt smbung pengajian. WAJIB syukur twu !

Ad sorg senior dr kos ni la kn, dy pnah ckp 
"Kalau kau minat MATH. inilah bidang kau, b'coz dis kos about programming, n math is the useful application for the coding program"*agak bergetar jiwa aq. haha : )


Mungkin ramai lagi yg x explore lg kn ttg kos ni kn, jd aq bg la skit pengenalan ttg kos ni :

Sains komputer adalah bidang yang harus dikembangkan dalam rangka meningkatkan ilmu pengetahuan dan teknologi maklumat dalam tekno-sosial-ekonomi pendidikan dan pembangunan penyelidikan. Manfaatnya adalah untuk mempercepat akumulasi, pemprosesan dan analisis serta penyebaran maklumat dapat dilakukan dengan cekap dan tepat. Hal ini akan memberikan kesan yang signifikan terhadap perkembangan tekno-sosial-ekonomi dan kestabilan negara, terutama dalam menghadapi persaingan melalui industri pembuatan dan perdagangan antarabangsa serta globalisasi. Malangnya, intrusi dalam industri komputer tampaknya menjadi fenomena yang biasa dialami oleh organisasi. Dengan demikian, komputer dan jaminan keselamatan maklumat amat penting untuk semua organisasi kerajaan, swasta dan orang perseorangan.
   


Jadi, dh xde ape lg yg nk dipikirkan, STUDY, STUDY, STUDY !
itulah matlamat aq, score for Semester 1 !
Kalau orang lain boleh berjaya, kenapa aq x boleh ?
itu semua bergantung kepada usaha masing2, perlu la kita ingat, kejayaan sseorang tu bkn nasib ataupun suatu perjudian yang membawa kepada tuah mereka, TAPI kejayaan adalah rezeki yg diberikan oleh Tuhan atas usaha yg mereka dh usahakan. Tak perlu bermusuh dgn mereka yang berjaya, coz kejayaan ad at mane2, blaja at mane2 same je, usaha kita je membezakan segala-galanya.



YA ALLAH ! AKU INGIN BERJAYA SEPERTI MEREKA !

Image Hosted by ImageShack.us

Posted by
Radhi Rafiee Afandi

More

Nak wish ni,,Happy Eid Mubarak smua !



Salam semua. Selamat Hari Raya 1432H/2011 !
~mintak maap ye salah silap~
xde kad nk raye nk bg, xde poskad nk diberi, duit raye apetah lagi..
hanya secebis lakaran ini je yg mampu :D

*before PLAY, stop kn la music blog ni dlu ye, at bawah+kiri*


video

p/s : sori la klu x berminat..ngeh3~


Image Hosted by ImageShack.us








Posted by
Radhi Rafiee Afandi

More

Egokah Aku ?

Apa tu EGO ? pd aq lah makna yg paling simple utk ego ni adlah blagak. 
Tngok je membe lebih skit, 'eh blagak nye dy tu', tngok membe pandai, 'ala EGO je lebih'
 Ha ! , cmni la org skrg.same mcm aq..hehe


Itulah, kita selalu pandang org mcm tu, terutama dalam kalangan membe2 kita.
Apa sebab nya smpy jd mcm tu ?, mungkin sebab kita rasa diri kita PERFECT !
Cuba kita lihat apa pula pandangan org lain tentang EGO ni......

"Peribadi ego adalah peribadi yang melihat segala sesuatu dari apa yang dilihatnya. Dia tidak boleh memahami fikiran orang, perasaan orang, jadi selalu menuntut orang untuk mengikuti pendapatnya. Peribadi ego juga adalah pribadi yang mementingkan dirinya sendiri, dia tidak boleh mempertimbangkan keperluan orang, dia sentiasa mementingkan keperluannya berbanding orang lain. Itu sebabnya kita simpulkan bahawa peribadi yang ego adalah peribadi yang susah sekali untuk tulus".



Perfect sgt ke kita nk kate org EGO ?
Kita selalu ckp+berkata+mengata tentang diri mereka, tapi sedarkah kita, kita x pernah face-to-face
dgn diri kita sendiri dan bertanya kepada diri kita..

EGOKAH AKU ?

Bila kita tag org ego+belagak+menunjuk2 bagai, sebenarnya kita yang ego, ego kita lebih dr mereka.
Memang x dpt dinafikan, setiap org mempunyai ego masing-masing. Yg membezakan nya adlah cara EGO tu dibawa n dikawal dlm diri masing2.

***Jom kita sama-sama kurangkan ego kita, lebihkan redha kita***

Posted by
Radhi Rafiee Afandi

More

"Sebuah kisah, bukan cerita" "Sebuah kasih, bukan cinta"

snap picca wif SIR ARHO

 TST 6,,tu la nme grup tutorial aq mase d'tamhidi USIM,,
mmg best la dlm grup tu, rmy membe2.....bnyk celoteh diorg smua..
dgn kerenah masing2...x bole bla klu igt smula...huuuu :)
p/s : utk membe2 TST 6 smua,,rindu korg,,best la ngan korang..
lawak2 jenaka korg, mmg xkn prnah dilupakan..hahaha

Aq harap cita-cita membe GROUP 6 utk menjadi MEDIC 6  menjadi kenyataan..(^-^) ngeh3~
eieitttttt.....X LUPE gak wat ex-TST 6..zulfadhly, aini, yusraa,
faiz a.k.a DEKAN, ana & syahadah.. 

<<<----INI lah WAJAH2 yg telah menceriakan hidup aq @ TST 6---->>>













p/s..bnyk lg pic sbnanye..t la..ad mase upload..
tngan ni da gatal nk klik publish !.haha

Posted by
Radhi Rafiee Afandi

More

STUDIO saye (^ ^)


_Hari-hari terakhir bersama mdm.Shams_
time ni SUSAH betul nk sruh dak2 ni posing..
apela yg ssh DSLR da ad dpn mate..tggal nk snap je...

_Sewaktu di makmal BIOLOGos_
bersama TENGKORAK yg tersayang..haha

_Last Day di makmal CHEM_
so sdey...dlm stahun di tamhidi ni..ni la kali PERTAMA dpt 
snap pic rmy2...haha


Posted by
Radhi Rafiee Afandi

More

Rayer B'sama Membe2 Dreadknight92 '2010'



Posted by
Radhi Rafiee Afandi

More

..::Guru Yang Teristimewa::..

                                                       


Mengapa aku memilih kerjaya ini? Mengapa? Teringat aku suatu ketika dahulu guru Matematik Tambahan aku pernah berkata, “Ina, mengapa kamu mahu memilih bidang Pendidikan Khas? Kalau macam tu lebih baik jangan ambil matapelajaran Matematik Tambahan!” .
Ouch.. Aku terkesima.. Mengapa guruku? Salahkah aku memilih bidang Pendidikan Khas?

Sekali lagi aku dilemparkan tomahan ketika aku ingin memilih bidang Pendidikan Khas sebagai bidang yang ingin aku ceburi setelah tamat menduduki peperiksaan SPM oleh ibu saudaraku yang tidak bersetuju denganku.  “Ang nak mengajaq anak-anak cacat ka? Biaq betui..Ambikla kursus yang bagus sikit…Tolongla…”
Mengapa ibu saudaraku? Salahkah aku memilih bidang Pendidikan khas?

Suatu hari, jiranku datang kepadaku...
Agak pelik kelakuannya.. Bergerak ke sana ke sini. Ketawa berdekah-dekah. Lantas dia berkata kepadaku,
“Aku berlakon jadi budak cacat.. Hang kan nak mengajaq budak cacat..” 

Ku dengar hilai tawanya semakin panjang.Aku menarik nafas panjang. Ya Allah, salahkah aku memilih bidang pendidikan Khas? Mengapa jiranku? Salahkah aku memilih bidang Pendidikan Khas?

Di suatu pagi yang cerah.Ibuku menghampiri aku. ” Emm…Mak dengaq orang tua-tua kata kalau mengajaq budak-budak cacat ni nanti kena tulah..Ang tau apa dia tu.Kalau esok hang dah berkeluarga, dah mengandung.Hang pergi sekolah,lepas tu mengajaq budak-budak cacat.Hang tak takut esok-esok anak hang lahir cacat
jugak? Macam budak-budak cacat yang hang mengajaq tu?” 

Wahai ibuku, hancur luluh hati anakmu mendengar luahanmu.. Mengapa ibuku? Salahkah aku memilih bidang Pendidikan Khas?





Ketika aku berada di tingkatan empat, ku lihat wajah-wajah yang mengharapkan perhatian. Ku lihat ada sinar di wajahnya. Ada yang bersifat keanak-anakan sedangkan usia mereka sebaya denganku malah lebih tua dariku. Aku sering memandang ke tingkap kelasku. Ceria mereka mengusik guru-guru mereka. Aku melihat lagi, seorang pelajar perempuan yang mungkin sebaya denganku memeluk gurunya seerat-eratnya. Senyuman ikhlas terpancar diwajahnya. Mungkin ingin luahan rasa terima kasih kepada gurunya. Mungkin sayangkan gurunya. Mungkin dia memerlukan perhatian dan belaian kasih sayang yang tak terhingga. Kenangan lama terpaut kembali andai aku pulang ke desa. Sememangnya memberi nostalgia lama dan menggamit seribu kenangan.

Mengapa? Kerana di situlah cintaku mula bercambah. Bercambah dan semakin bercambah.Ya! Aku memilih bidang perguruan. Aku ingin menjadi seorang guru Pendidikan Khas. Itu matlamatku. Akhirnya terlaksana jua keinginanku kerana aku dapat melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Guru di utara tanah air. Bidang Pendidikan Khas tetap menjadi pilihanku. Hari berganti hari. Sudah genap dua tahun aku menjadi seorang pelajar dan bakal guru demi menggemgam segulung ijazah dalam bidang Pendidikan khas.

Kesabaran tetap menjadi kunci dalam hidupku. Perit jerih aku di institut tidak
mematahkan semangatku demi bergelar seorang pendidik. Tahun pertama aku di
institut pendidikan guru, aku diberi latihan keguruan. Selama seminggu aku perlu ke
sekolah untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah. Selama seminggu, aku
datang ke sekolah. Menuju kelas yang sama. Kelas Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran. Aku melihat realitinya. Ya! Memang ini yang akanku hadapi kelak.

Kanak-kanak hiperaktif, Sindrom Down, Disleksia, autisme, Slow learner..
Ya, Allah, kuatkan semangatku demi cinta ini.
“Aku cokelat superman…”
“Aku sak bisa nagis….”
“Bia kelisih ku pei ninggalkanku..”

Lamunanku terhenti. Aku melihat Nasrullah seorang kanak-kanak menyanyi dengan gembiranya. Tiada apa yang perlu difikirkan oleh kanak-kanak ini. Hanya bauan syurga yang bakal menggamitnya.

Setiap hari aku di kelas itu, anak-anak bakal penghuni syurga ini akan menghulurkan
tangan. Salam tanda hormat kepada gurunya. Hatiku merintih sayu.Syahdu.Tidak
dapat ku gambarkan betapa syahdunya hati ini kerana setiap hari bakal penghuni
syurga ini akan selalu tersenyum kepadaku. Bersalam denganku.
Ya, Allah aku amat bersyukur dengan nikmat yang engkau berikan . .

Wahai dunia... Ingin aku katakan.. Anak-anak kecil tanpa berdosa ini memerlukan kasih
sayang. Perhatian yang tidak terhingga. Jadikanlah kesabaran melekat di hati agar
amanah yang Allah berikan tidak disia-siakan. Aku ingin jua katakan kepada diriku..
Wahai Hati, tabahlah.. Engkau bakal menjadi guru.Guru pendidikan Khas. Jangan engkau
mengingkari janji-janji kepada Tuhanmu. Jangan sesekali-kali. Perbanyakkanlah ilmu di
dada. Engkau guru yang teristimewa!

Ya.... Sangat istimewa...
Ya Allah berikan aku ketabahan.. Berikan kepadaku hati yang ikhlas untuk anak-anak
ini..Demi Kasih ini, akanku hadapi dengan berbekalkan keazaman! 







Posted by
Radhi Rafiee Afandi

More

..::Berdiri Mencari Satu Revolusi::..



Posted by
Radhi Rafiee Afandi

More

Followers

Copyright © mr.didie | lakaran ilusi™